Love shopping, cooking and now ~ blogging ~ Spending entire life with my luvey-duvey hubby... And now praying hard for a baby...
RSS

~* ShOuLD TrY ThiS *~


* testing testing.... mic on 1 2 3 *

Eheh...
Kali nih, mak nak share something laa ngan uols suma.. Bagi sapa-sapa tengah berusaha keras-susah-payah-tungkus-lumus semua, mari cuba resipi mak kali nih yer... Kali nih mak buat entry pasal diet okeys!!

Yea, mak pon tengah diet nih * propa jah, dah kena nasik sepinggan konon diet * sebab badan dah rupa gorilla-anak-satu dah walaupon mak masih trang-tang-tang tak beranak lagi tapi tetap vogi da vass gituw...

Ni Cik Dik Non suma, mak nak habaq laa nih naa, tolong laa jangan paksa badan tungging langgang konon nak kuruih tapi tak mo makan naa... Satgi ampa pengsan aih..... susah tau... Sapa nak jaga anak pinak ampa suma?? Mai ikut resipi mak nih mai... Konfem, tiga bulan jaa, mesti kuruih * mak ikut seminggu jaa leh turun 4 kilos, tapi ai tak amik nasi tau *... Tapi, la ni balun nasik macam tak jumpa setahun... ahaks!!!

* tolong print pastu tampal, pastu ikut, gerenti kuruih..tak payah laa dok perabih duit dok p slim-slim nu *


Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu

Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai

Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad

Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren



Ni ada sket panduan jugak... Ikut noo...


Tips:
-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber
-campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
-kurangkan minuman manis terutama kordial dan minuman berkarbonat


Ok... Take note naa... Jangan lupa try... Dah sukses mai habaq kat mak naahh...

Daa............


4 comments:

All about Me, inCHa…. said...

erk tina.. cem susah ja.. ang try dlu na..

tinakhamis said...

aku dah try reen...tapi aku avoid nasi terus semgg...berhasil..tapi skrg dah makan nasi balik..hahhaa...tapi malam tak laa..amik yang ringan2 jaa...try laa wey...

Norfazidah Binti Saari said...

wei, x mkn nasi langsung beb..hilang satu nikmat dunia

tinakhamis said...

hahaha...zie, aku x mkn semgg jer..pastu terasa kehilangan nikmat, balun balik ler...ehehe...
wei, follow ler blog aku beb...